Tuesday, May 18, 2010

Laporan tentang Sibu


Rencana “Reporting on Sibu” yang tersiar di portal The Nut Graph pada 18 Mei 2010 amat menarik.





Penulis artikel memaparkan empat akhbar media arus perdana yang memberi penekanan yang berbeza dalam laporan mereka tentang kemenangan BN di Hulu Selangor berbanding kemenangan DAP di Sibu. Kita tertanya-tanya kenapa berita tentang Hari Guru tertera di muka depan akhbar walhal berita besar yang patut disiarkan ialah kemenangan pihak pembangkang. Guru-guru memang berhak dihargai tetapi itu sesuatu yang sudah semestinya dilakukan.

Peranan akhbar sepatutnya melaporkan berita walaupun mungkin berita tersebut tidak memberi gambaran yang positif tentang pihak yang berkepentingan dengan akhbar tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa dasar sesuatu akhbar adalah tertakluk kepada pemiliknya dan dalam konteks negara kita, undang-undang juga memainkan peranan mengehadkan pandangan yang boleh disuarakan.

Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan?

No comments: